Emosi adalah suatu energi
Aug.22, 2007 in Kuasa Minda/Kekuatan Otak, Metafizik, Terapi dan Psikologi Energi
Kerana emosi adalah energi maka ia boleh menarik apa yang emosi anda lahirkan dari diri anda. Energi dari emosi adalah sama seperti energi yang dikeluarkan oleh pemikiran kita. Kerana ia energi maka ia mempunyai frekuansi dan melahirkan aura pada diri kita. Kerana itu jika anda marah maka emosi marah anda akan melahirkan frekuansi yang berwarna merah. Begitu juga jika anda sedih. (ini kena masuk bab aura nanti)
Ramai orang mengatakan kesukaran mengawal emosi. TETAPI anda kena ingat sebagai manusia emosi adalah fitrah yang Allah berikan pada manusia. Kerana itu manusia tidak mampu untuk tidak mempunyai emosi. (takut jadi robot). Malahan binatang juga mempunyai emosi seperti marah dan kasih sayang kepada keluarga mereka.Emosi hanyalah perasaan anda bukan diri anda. Ingat ia adalah perasaan anda sahaja bukan diri anda. Ia adalah fitrah Allah. Maka ia boleh di lepaskan atau dibiarkan pergi dari diri anda. Anda tidak boleh menahan emosi anda. Jadi apa yang anda perlu belajar adalah bagaimana anda boleh ‘release’ atau ‘let go’ perasaan anda sendiri.Semenjak dari kecil kita mempunyai kemampuan untuk ‘release’ atau let go emosi kita. Kerana itu kita dapati kanak2 akan menanyi atau ketawa untuk mengambarkan emosi pada diri mereka.
Cuba anda perhatikan pada sekumpulan anak2 yang gembira dan ceria ‘ apakah emosi atau feeling yang anda rasakan..? tentu seronok bukan? Inu kerana energi yang mereka release adalah ‘genuine’ dari diri mereka. Tak ada sembunyi2 pun.Tetapi apabila kita dewasa, kita akan mula menahan atau menyembunyikan emosi tersebut di dalam “lubuk hati” kita.Ramai orang terlupa emosi hanya perasaan dan bukan tubuh badan mereka. Kerana itu anda berkata; “ aku rasa sedih sekarang’ atau “ aku betul2 rasa marah nie’. Jadi ramai dari kita menyimpan emosi atau memegang emosi tersebut di dalam tubuh badan mereka sehingga ia menjadi ‘blockage’ atau penyakit di dalam badan kita.Terdapat bukti perubatan terutama dari bidang energy medicine mendapati penyakit seperti migrain, kanser, sakit pinggang dan beberapa lagi adalah di sebabkan pergerakkan energi yang ‘tersumbat’ menyebabkan flow energi terganggu di dalam tubuh badan. Kerana itu beberapa perubatan alternative energi seperti Reiki dapat mengubati penyakit tersebut melalui eneri healing dan sebagainya.Sebenarnya, ramai dari kita masih membawa energi negatif yang ada semenjak kita kecil atau remaja lagi. Dan energi negatif inilah yang banyak menjadi halangan dalam kehidupan kita setiap hari. Emosi ini akan banyak menetukan tindakkan anda dalam kehidupan anda.Frekuansi atau reading energi yang dihasilkan oleh emosi terbahagi kepada 2 iaitu positif dan negatif. Emosi yang paling negatif adalah emosi takut (fear). Sementara emosi positif seperti cinta atau kasih saying (love), bersemangat atau damai (peace) menduduki antara reading emosi positif yang tinggi.Jadi anda mestilah selalu melihat emosi diri anda kerana emosi tersebut banyak menpengaruhi tahap ‘tarikan’ (attraction) kepada apa yang anda inginkan dalam kehidupan anda.Kerana itu terdapat quote mengatakan; “ kerjakan (buat) apa yang anda inginkan@ suka (love), maka duit akan datang kepada anda (anda menarik apa yang anda inginkan ”
Amar Mahmood
P.S: Apakah perasaan anda kepada Allah? Cinta…Kasih….Sayang…atau takut?
Ingat, anda yang tentukannya.
“Aku kasih dan cintakan Allah”
No comments:
Post a Comment