Kuasa Minda: Berkomunikasi Dengan Minda Anda (Part 3)
Aug.01, 2007 in Kuasa Minda/Kekuatan Otak, NLP
Teknik ini sangat kurang diterangkan setakat ini. Tetapi , ia adalah teknik yang sangat berkesan untuk anda gunakan.
Ia adalah menggunakan penulisan sebagai alat untuk berkomunikasi anda. Menulis sebenarnya adalah teknik yang terbukti sangat berkesan untuk menghantar message kepada minda anda. Ini kerana dengan menulis anda menggunakan teknik affirmasi dan fokus kepada minda anda. Kerana itu, terdapat banyak ritual atau kaedah yang menggunakan penulisan sebagai alat mencapai matlamat.
Cuba anda tulis affirmasi yang anda ingin programkan ke minda anda. Disiplinkan diri anda untuk menulis affirmasi tersebut dalam jumlah yang tertentu seperti 50 baris perkataan ataupun 100 perkataan setiap hari. Insya Allah, anda akan dapat melihat kesan perubahan ke atas diri anda dalam tempoh 30 hari selepas itu.
Anda juga boleh menulis satu skrip tentang kehidupan yang mengambarkan seolah matlamat atau impian yang anda ingin capai telah anda perolehi. Malahan Bruce Lee (pelakon kung fu Hong Kong) telah menggunakan kaedah ini untuk mencapai matlamatnya menjadi seorang pelakon kung fu yang hebat. (skrip matlamatnya masih terdapat di Planet Hollywood London)
Penulis hebat Catherine Ponder (The Dynamics Law of Prosperity) juga mengakui yang beliau mencapai kekayaan dan kemakmuran semasa beliau menulis buku prosperity beliau.
Amar Mahmood
No comments:
Post a Comment