Neuro Linguistics Programming (NLP)
Aug.06, 2007 in Kuasa Minda/Kekuatan Otak, NLP
Mungkin ramai orang telah biasa mendengar nama teknik ini. Tetapi berapa ramaikah yang mengetahui apakah sebenarnya NLP. Malahan ramai yang terlibat dalam aliran ‘Mind Power” sendiri tidak memahami teknik ini.
NLP atau nama penuhnya Nuero Linguistics Programming adalah satu teknik atau kaedah yang akan mengajar anda bagaimana menggunakan “bahasa” minda untuk mendapatkan apa sahaja keputusan yang anda inginkan seperti dalam bidang berikut :-
Bisnes
Latihan – (contoh dalam bidang jualan, sukan, kepimpinan dll)
Bidang psikologi
Perubatan
Pendidikan
Dll
Sekarang ini terdapat semakin banyak buku2 atau seminar mahupun latihan yang menggunakan teknik NLP untuk memudahkan pelajar memahami subjek yang diajarkan tersebut.
Dan untuk pengetahuan anda, buku saya Rahsia Minda Jutawan terdapat pengaruh NLP iaitu seperti meniru atau menjadikan ‘model’ cara berfikir mereka yang telah menjadi jutawan.
Neuro – merujuk kepada sistem berfikir dan ‘nervous’ manusia. Ia merujuk penggunaan kelima2 deria manusia yang akan mempengaruhi tingkahlaku manusia.
Lingusik – adalah perkataan ataupun bahasa yang anda gunakan dan bagaimana kesan dan pengaruhnya kepada anda mahupun orang yang mendengarnya.
Programming – adalah cara atau kaedah bagaimana anda mengurus idea atau pemikiran dalam mencapai keputusan yang anda inginkan.
Di asas pada awal tahun 1970an oleh John Grinder dan Richard Bandler. Grinder adalah penolong professor dalam bidang lingustik manakala Bandler seorang pelajar bidang matematik dan teknologi malumat. Keduanya membangunankan NLP berdasarkan kajian mereka kepada Fritz Perls (pengasas Gestalt Terapi) dan Milton Erickson (Pakar dari Hipnoterapi) untuk mencapai tahap kecemerlangan manusia (peak performance). Hanya pada tahun 1976, mereka mula membangunkan teknik NLP ini secara giat.
Bagaimanapun, NLP mula terkenal di seluruh dunia apabila ia dibawa oleh Guru Sukses yang hebat ini Anthony Robins yang telah menulis di dalam dua buah buku yang telah mendapat sambutan yang sangat luas iaitu “Unlimited Power” dan “ Awaken The Giant Within”. Nama beliau telah di iktiraf sebagai Jurulatih (Trainer Peak Performance) yang bertaraf satu dunia kerana telah menjadi Personal Trainer kepada ramai pemimpin2 dunia dan celeberiti dunia seperti Bill Clinton, J Bush, Oprah, Andre Aggasi dan ramai lagi.
Asas kehebatan NLP adalah terletak kepada ; jika seseorang itu mampu melakukan sesuatu, maka terdapat kaedah bagaimana meniru apa yang mereka lakukan tersebut. “Modelling” method NLP adalah unik kerana ia mengenalpasti dan meniru skill yang “unconscious” atau tidak disedari oleh mereka yang telah berjaya atau cemerlang.
Sebenarnya, NLP adalah berasaskan teknik memprogram semula “belief system” dan cara berfikir manusia dan menggunakan skill berkomunikasi uantuk mendapatkan keputusan yang diingini.
Dan secara keseluruhannya, kaedah ini agak teknikal dan memerlukan kursus yang telah diiktiraf untuk anda boleh memepelajarinya. Di Malaysia kursus ini ditawarkan tetapi masih agak mahal mencecah belasan ribu ringgit. Bagaimanapun, hasil yang anda perolehi adalah sangat berkesan dan terbukti dapat mengubah ramai pelajar teknik ini dalam tempoh masa yang sangat singkat sahaja. (beberapa hari
No comments:
Post a Comment