Puji Memuji
Aug.30, 2007 in Kuasa Minda/Kekuatan Otak, Psikologi Sukses
Pernah dengar bukan kata-kata ini “ kalau bukan kita yang memuji diri sendiri, siapa pula yang nak puji kita”. Jadi hari ini saya ingin memuji diri saya. Boleh tak?
Apa kaitan antara memuji dengan minda?.. Sebenarnya, puji memuji adalah dalam satu bentuk positive thinking. Yelah, tentang suatu yang positif. Tetapi apa yang ingin saya cover hari ini adalah memuji diri kita sendiri. Ha..memuji diri sendiri? Wa…ini dah macam isi bakul angkat sendiri?
Ini lah juga mitos…limiting belief…halangan minda…persepsi negatif. Cuba anda ingat semula bilakah kali terakhir anda memuji diri anda sendiri? Maksud saya selain secara fizikal atau secara mental. Iaitu kata di dalam minda atau pemikiran tentang diri anda sendiri?
Ramai orang menjadi kerdil, rendah diri, tidak kedepan, malu dengan orang ramai adalah kerana perasaaan lack atau kekurangan yang berlaku di dalam diri mereka sendiri. Cuba anda ingat sebentar apakah yang anda akan katakan pada diri anda apabila anda melihat cermin setiap hari?
“hiss..gemuk betullah aku nie”
“gigi aku nie nampak tak cantik lah..tak tersusun”
“kulit aku tak licin dan gelap lah”
“bibir aku tak seksi lah”
dan macam-macam lagi persepsi yang negatif tentang diri anda sendiri yang kita tak sedar telah berkata2 dan memberikan arahan kepada minda separa sedar anda. Persepsi ini akan disimpan dan menjadi virus yang akan memrendahkan kepercayaan diri dan keyakinan diri anda apabila anda bergaul, berkerja, atau berkomunikasi dalam masyarakat awam.
Cuba anda bayangkan jika anda mempunyai kepercayaan yang anda kelihatan gemuk. Tentu anda akan agak rendah diri atau malu2 apabila di suruh membuat ucapan ataupun bergaul dengan orang ramai.
Jadi apakah yang perlu anda lakukan? Katakan pada diri anda…
“aku mempunyai tubuh badan yang idel dan menarik”
“aku mempunyai pandangan mata dan senyumam yang menarik ramai orang”
“aku mempunyai kesihatan yang baik setiap hari”
“aku menyayangi diriku dan menerima diriku dengan gembira”
“aku cintakan diriku”
Amar Mahmood
amar_sukses@yahoo.com
P.S : selalu memuji isteri, anak2 dan rakan2 sendiri. Apa yang anda beri, anda akan menerimanya dengan kadar berkali2 ganda.
P.S.S: Kita memuji Dia…Insya Allah, Dia akan memberi pujian untuk kita…”Subhanahallah….Maha Suci Allah.”
No comments:
Post a Comment