Monday, February 1, 2010

Kenapa walau saya dah positif pun masih banyak masalah?

MindTalk: Kenapa walau saya dah positif pun masih banyak masalah?
Aug.21, 2007 in Kuasa Minda/Kekuatan Otak, NLP, Psikologi Sukses, Terapi dan Psikologi Energi


Alhamdulillah pertamanya hari ini saya dapat menyambung catatan saya di sini selepas kesibukan dengan urusan bisnes untuk beberapa minggu yang lepas. Kerana itu saya tidak dapat update blog ini selain dengan kesibukan permindahan office lot saya dan renovation office yang membuatkan saya agak kepenatan sedikit. Tambahan saya berada di luar melaka selama 2 hari pada minggu lepas.

Keduanya, terima kasih buat linn (linncomel.com) kerana menjenguk dan meninggalkan komen dalam blog ini. Sebagai seorang blogger yang telah lama menulis, satu salute buat anda lin kerana komitmen anda yang sangat konsisten dalam membudayakan kekuatan mental dalam masyarakat Malaysia.

Saya pun selalu juga baca artikel anda. Apa apa pun, hari ini saya ingin bercakap tentang satu topik perbualan semasa saya bersama mastermind group saya di KL tentang tajuk di atas.


Ada yang bertanyakan kenapa matlamat yang saya inginkan masih gagal di capai?

Law of Attraction maksudnya, apa yang kita fokus itu yang kita tarik. So macam mana tu?

Okay, since saya masih baru menulis di blog, saya tak dapat nak terangkan semua info melalui internet secara serentak. Jadi hari ini saya ingin menerangkan secara ringkas tentang konsep law of attraction. Ramai yang memperkatakan tentang bagaimana kita boleh menarik sesuatu yang kita inginkan hanya dengan memfokuskan melalui mental kita. Sesuatu yang sangat kurang dimasukkan dan dibahaskan sekali adalah ini:

Thought + Emotion = Attraction

Faham tak formula di atas?….Maksudnya untuk menarik apa yang anda inginkan kedua2 elemen di atas iaitu mental (fikiran) dan emosi mestilah harmoni atau selari. Tanpa kedua2 nya anda memerlukan homework yang lebih iaitu anda memerlukan kekuatan mental yang 5 kali atau 10 kali ganda untuk menarik matlamat anda itu.

Maksud saya, ramai orang membuat visual dan affirmasi tetapi tersembunyi di dalam minda dan emosi mereka adalah ketidakpercayaan dan ketidakyakinan tentang apa yang mereka inginkan tersebut.

Jadi nasihat saya, belajar juga bagaimana anda boleh menolak emosi anda supaya selari dengan impian yang anda fokuskan itu.

Amar Mahmood

P.S : Emotion = energy in motion. So emosi adalah energi. Anda perlu tahu ini supaya energi yang anda hantar akan menarik apa yang anda inginkan BUKAN MENOLAK apa yang anda inginkan.

No comments:

Post a Comment

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin