Hipnosis
Aug.14, 2007 in Kuasa Minda/Kekuatan Otak, Metafizik
Mungkin ada orang mengatakan hipnosis adalah bukan dari aliran sains minda tetapi bagi saya, hipnosis masih tergolong dalam sains kekuatan minda.
Hipnosis berasal dari perkataan hipno ertinya tidur. Jadi hipnosis adalah ilmu yang menyelidik tentang cara-cara untuk menidurkan orang pada masa orang itu dalam keadaan sedar.
Sejarah hipnosis sama tuanya dengan ilmu sihir, mistik, okkultisme, ilmu kebomohan dan sebagainya. Malahan hipnosis lebih dikenali dengan ilmu pukau iaitu ilmu memukau seseorang untuk mendengar sebarang arahan yang diberikan oleh orang yang memberi arahan.
Kenapa saya mengatakan ia adalah suatu sains minda..?
Walaupun, hipnosis ini menggunakan kekuatan energi (batin) yang dipancarkan melalui mata dan suara tetapi arahan yang diberikan adalah dengan menghantarkan message kepada orang yang dihipno itu terus kepada minda bawah sedarnya. Kerana itu, kekuatan orang yang menghipno itu mestilah mampu menembusi fikiran bawah sedar mangsanya untuk mengikut arahan yang diberikan.
Selalunya arahan yang pertama akan dihantar adalah seperti menyuruh mangsa tidur atau merehatkan fikirannya. Bila penerima arahan mengikuti arahan yang diberikan secara tak langsung gelombang otak akan mula menurun ketahap alpha yang memudahkan arahan pemberi hipnosis itu menhantar arahan dan orang yang dihipno itu mengikut arahan nya.
Hipnosis di zaman moden ini banyak digunakan dalam mengubati masalah-2 fobia, merokok, ketagihan, trauma dan perlbagai lagi penyakit.
Malahan dalam bidang perisikan teknik ini digunakan dengan meluas oleh ejen perisikan untuk mendapatkan maklumat dari orang yang ditahan.
Dalam bidang bisnes, teknik hypnotic writing yang diperkenalkan oleh pakar marketing Joe Vitale (Spiritual Marketing) telah diguna pakai oleh hampir kebanyakan iklan2 yang ada sekarang. Copy letter atau iklan yang terdapat di hampir seluruh laman web menggunakan format hypnotic writing yang diperkenalkan oleh Joe.
Untuk pengetahuan anda, bila anda terpekun menonton seseuatu filem contohnya Titanic sehingga mengeluarkan air mata, tanpa anda sedari anda telahpun di hipnotis oleh pengarah filem tersebut.
Tokoh hipnosis yang terkenal adalah Milton Erickson iaitu seorang lagenda dari ramai pengamal hipnosis di dunia. Beliau terkenal dengan tekniknya yang unik untuk menidurkan mangsanya. Malahan beliau mampu menidurkan orang (hipnosis) hanya dengan ceritanya. Teknik beliau juga yang telah digunakan dalam pencipta teknik NLP yang telah saya terangkan sebelum ini
No comments:
Post a Comment