Jun.03, 2009 in Bicara Penulis/Falsafah/Kritis/, Kuasa Minda/Kekuatan Otak, Mindset, Mentaliti, Belief & Kepercayaan, Motivasi & Inspirasi, NLP, Psikologi Sukses
Motivasi adalah satu dorongan saikologi yang menghalakan seseorang ke arah suatu tujuan atau keinginan. Motivasi membangkitkan semangat di dalam diri individu, emosi lebih terarah, dan meningkatkan tingkahlaku positif diri individu tersebut. Motivasi menjadi dorongan (driving force) terhadap seseorang agar mahu melaksanakan sesuatu atau melakukan tindakan.
Motivasi yang ada pada setiap orang tidaklah sama, berbeza-beza antara yang satu dengan yang lain. Untuk itu, diperlukan pengetahuan mengenai pengertian dan hakikat motivasi, serta kemampuan teknik menciptakan situasi sehingga menimbulkan motivasi/dorongan bagi mereka untuk berbuat atau bertindak sesuai dengan apa yang dikehendakinya.
Motivasi merupakan kata yang sangat popular disebut di dalam bidang pembangunan diri. Baik di buku-buku popular, seminar-seminar atau di kursus-kursus perniagaan dan korporat. Apa sebenarnya motivasi itu, dari mana dan kenapa perlu motivasi terutama dalam pengembangan diri? Bila anda mempunyai keinginan, maka anda perlu motivasi untuk memanifestasi keinginan tersebut.
“Saya bermotivasi tinggi untuk memperbaiki diri sendiri” adalah contoh kalimat yang digunakan untuk menaikkan motivasi pada diri kita sendiri.
Melalui pengalaman saya, motivasi muncul dari dua cara. Pertama adalah “Outside-In” dan satu lagi adalah “Inside-Out”. Atau dalam pergertian mudahnya, ada motivasi muncul kerana dari kesan luaran seperti mendengar ucapan, ceramah, filem, lagu, bahan bacaan dan juga perubahan fisiologi seseorang. Manakala satu lagi adalah dari dalam diri seseorang individu itu sendiri. Ini biasanya motivasi dalaman yang muncul dengan mengubah cara pemikiran dan persepsi kita tentang sesuatu isu atau pekara.
Ada indivdu yang memerlukan situasi dari luar untuk termotivasi dan berubah. Ada individu yang perlu sokongan pihak kedua untuk menjana motivasi dirinya. KEBANYAKAN PERUBAHAN YANG DIHASILKAN DARI LUAR SANGAT BERSIFAT SEMENTARA (beberapa hari…seminggu…dua minggu atau bernasib baik beberapa bulan). Hanya KESEDARAN YANG BESAR akan dapat mengekalkan tahap dan kadar motivasi diri individu tersebut.
Dalam pengamal kaedah Neuro Linguistic Programming atau dikenali dengan nama NLP, motivasi boleh dijana dengan menggunakan pendekatan luaran seperti perubahan fisiologi seseorang individu. Hanya mengubah bentuk mulut anda dari kurang senyum kepada lebih banyak tersenyum, ia akan mengubah serta merta “emotion state” individu tersebut. Jika anda rasa malas, cuba betulkan cara anda berjalan dan struktur dada dan kepala anda. Anda pasti akan terasa lebih ceria dan bermotivasi (Jurulatih pembangunan Diri terkenal Anthony Robbins adalah jurulatih yang paling banyak menggunakan kaedah perubahan fisiologi di samping kaedah-kaedah perubahan internal state seseorang individu).
Kerana itu dalam seminar atau ceramah bercorak motivasi, pendekatan luaran seperti tonasi dan kekuatan nada suara, pergerakan tubuh badan (aktif dan segar), penceritaan dan penampilan (pesonaliti) adalah sangat penting supaya dapat memberikan kesan motivasi dan perubahan kepada si pendengar atau peserta kursus.
Tetapi saya lebih percaya dan banyak menggunakan kaedah “Inside-Out”. Iaiatu dengan mengubah di dalam (internal state), anda akan menghasilkan satu perubahan diri yang lebih berkesan dan bertahan lama. Perubahan pemikiran dan mindset akan mengubah sikap dan tinkahlaku anda. Minda anda akan menghasilkan emosi dan perasaaan anda terhadap situasi luar. Nilai-nilai internal anda akan mengeluarkan diri external anda.
Kerana itu perubahan diri perlu dijana terus ke dalam diri seseorang individu. Tidak dinafikan kadang kala kita memerlukan seseorang untuk meningkatkan motivasi diri kita. TETAPI percayalah, anda mempunyai kemampuan untuk menjana motivasi dan perubahan diri bila anda tahu dimana tempat dan sisi yang perlu anda tumpukan. Kerana motivasi dan perubahan adalah datang dari energi pendorong yang berasal dari dalam diri kita sendiri.
AMAR MAHMOOD
No comments:
Post a Comment